TNB - Tenaga Nasional Berhad

01/08/2022 | Press release | Distributed by Public on 01/08/2022 03:24

2 PM - Status Pemulihan Bekalan Elektrik & Penutupan Bekalan Sementara di Johor

08/01/2022

Pelanggan yang dihargai,

Setakat jam 2 petang, terdapat penambahan kawasan bagi negeri Johor disebabkan keadaan hujan lebat dan banjir.

Berikut adalah kawasan yang masih belum mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat:

Muar:

1. Jalan Durian Chondong
2. Kampung Penchu
3. Taman Sri Jaya Bukit Kepong
4. Galeri Darurat Bukit Kepong
5. Jalan Labis
6. Kilang Perabot TMH

Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

PERINGATAN: Sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Simpan dokumen penting di tempat yang selamat.

Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai.