AirAsia Group Berhad

01/21/2021 | Press release | Distributed by Public on 01/20/2021 20:19

Teleport Mencari Komuniti Usahawan di Tujuh Buah Bandar di Malaysia

'Kami amat bertuah kerana mempunyai salah seorang juruterbang AirAsia X, Kapten Lim Kok Hooi menyertai pasukan kami dan telah berjaya memasarkan perkhidmatan kami di Melaka semasa fasa percubaan program ini. Dengan program ini, kami berharap untuk bukan sahaja memberikan perkhidmatan penghantaran terbaik, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan sumber pendapatan kepada masyarakat,' kata Pete.

'Terdapat ramai peniaga di luar sana yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan kami. Banyak yang dapat dipelajari semasa kami bertemu dengan peniaga-peniaga dari industri yang berbeza. Kejayaan kami di Melaka sudah tentu tidak akan terjadi tanpa bantuan pasukan Teleport dan Allstars yang sedia membantu untuk mencapai matlamat tersebut,' kata Kapten Lim.

Proses permohonan untuk program ini sangat mudah. Mohon sebagai individu atau sebagai pasukan yang terdiri daripada dua orang. Pemohon hanya perlu merakam video selama 3-minit yang menjelaskan bagaimana mereka akan mendaftar sebanyak 100 perniagaan di bandar tersebut dalam masa satu minggu.

Program Komuniti Usahawan ini akan bermula pada bulan Februari 2021. Individu yang berminat boleh membuat permohonan di teleport.asia/TheNextTony selewat-lewatnya pada 29 Januari 2021. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program ini, rujuk kepada soalan-soalan lazim di teleport.asia/community-entrepreneur-faq.

Tonton video komuniti usahawan kami yang memaparkan Kapten Lim Kok Hooi, di pautan ini.

***

Mengenai Teleport

Diasaskan pada tahun 2018, Teleport adalah syarikat subsidiari AirAsia Digital, bertujuan membina impian kargo dan logistik AirAsia. Teleport dalam misi membolehkan sesiapa sahaja - daripada pedagang tunggal ke syarikat besar untuk memindahkan barang serta e-dagang di Asia Tenggara dan di mana-mana sahaja. Platform atas talian kami (di bawah jenama OURSHOP) bekerjasama dengan pedagang untuk membuat penghantaran makanan, makanan segar dan keperluan pengguna. Seperti magik, ia sangat memudahkan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati teleport.asia atau media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.