Ministry of Defence of Malaysia

08/13/2022 | News release | Distributed by Public on 08/14/2022 20:08

LAWATAN MEDIA KE BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD

LAWATAN MEDIA KE BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD

LUMUT, 13 Ogos 2022- Menteri Kanan Pertahanan berulang kali menegaskan bahawa tiada perkara yang akan beliau dan Kementerian Pertahanan sembunyikan berkaitan LCS.

Ketegasan ini sekali lagi diterjemahkan hari ini apabila MINDEF membuka peluang kepada sebanyak lebih kurang 20 agensi media untuk mengadakan lawatan ke Boustead Naval Shipyard di Lumut Perak.

Lawatan ini bukan sekadar bertujuan memberi taklimat tentang reka bentuk LCS, malah paling utama semua wakil media diberi ruang untuk melihat sendiri secara dekat kapal-kapal LCS yang sudah di peringkat pembinaan. Mereka juga dibenarkan mengambil video dan gambar untuk tatapan umum.
Mereka turut dibawa ke gudang penyimpanan peralatan LCS yang akan dipasang kelak.

Lawatan hari ini telah mendapat maklum balas yang amat baik dari setiap wakil media dan semua boleh mengesahkan bahawa kapal LCS sudah di peringkat pembinaan. Terima kasih rakan-rakan media yang turut serta hari ini.