AirAsia Group Berhad

01/12/2021 | Press release | Distributed by Public on 01/12/2021 09:59

Nasihat Perjalanan: Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia

SEPANG, 12 Januari 2021 - AirAsia mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia dari 13 hingga 26 Januari 2021 seperti yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia.

Untuk perjalanan penting dalam tempoh ini, para tetamu mesti mendapatkan kebenaran yang sahdaripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum berlepas. Para tetamu juga perlu mematuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh negeri-negeri tertentu.

Untuk membantu para tetamu yang ingin pulang dari kampung halaman masing-masing antara sekarang hingga Jumaat, 15 Mei 2021, seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, AirAsia menyediakan penerbangan berikut yang boleh ditempah melalui laman web airasia.com dan super app.

AirAsia akan terus memantau situasi semasa dan akan mengemas kini ketersediaan dan perubahan penerbangan sepanjang tempoh PKP dari semasa ke semasa.

Para tetamu yang mempunyai tempahan penerbangan antara 13 dan 26 Januari 2021 yang terjejas dan tidak dapat melakukan perjalanan dalam tempoh ini boleh membatalkan penerbangan mereka secara sukarela dan memilih:

  • Perubahan tarikh penerbangan tanpa had: Tukar tarikh penerbangan anda sebelum 31 Mac 2021 di laluan yang sama tanpa had tanpa bayaran tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

Sila hubungi AVA yang tersedia di support.airasia.com, airasia.com atau WhatsApp untuk membuat pilihan anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Pilih 'Penerbangan' di menu utama AVA

  • Pilih 'Perubahan Penerbangan COVID-19'

  • Pilih 'Penerbangan domestik (AK) AirAsia Malaysia'

  • Pilih 'Saya mahu menukar penerbangan saya'

  • Ikuti langkah seterusnya seperti yang dinyatakan oleh AVA

Para tetamu yang terjejas akan segera dimaklumkan melalui e-mel dan/atau SMS mengenai pilihan yang ditawarkan kepada mereka.

Kami ingin menasihatkan para tetamu yang bakal membuat perjalanan penting untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan, memeriksa semua keperluan perjalanan dan mengamalkan kebersihan diri yang tinggi pada setiap masa. AirAsia telah menerima pengiktirafan tujuh bintang teratas daripada pakar keselamatan industri penerbangan Airlineratings.com, berikutan pelaksanaan pelbagai inovasi industri termasuklah maklumat yang menyeluruh mengenai prosedur COVID-19 di laman web, pemakaian pelitup muka, pemakaian peralatan perlindungan diri oleh kru kabin, perkhidmatan hidangan dalam penerbangan yang diubah suai, pembersihan pesawat berkala dan peralatan pembersih peribadi.

Ikuti airasia di Twitter (@airasia) dan Facebook (facebook.com/airasia) untuk maklumat terkini, atau hubungi pasukan sokongan pelanggan di support.airasia.com. Tetamu juga dinasihatkan untuk menyemak status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus untuk maklumat terkini.