Central Bank of Malaysia

10/12/2020 | Press release | Distributed by Public on 10/11/2020 19:50

Kemudahan Pemesanan, Pembayaran dan Penghantaran Dalam Talian untuk Penjualan Mata Wang Peringatan yang Dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia

Kemudahan Pemesanan, Pembayaran dan Penghantaran Dalam Talian untuk Penjualan Mata Wang Peringatan yang Dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia

Release Date: 12 Oct 2020

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan kemudahan pesanan, pembayaran dan penghantaran dalam talian untuk penjualan syiling peringatan yang dikeluarkan sempena Ulang Tahun ke-50 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM50) dan Ulang Tahun ke-25 Penubuhan Putrajaya (Putrajaya25) kini dibuka.

Orang ramai boleh membuat pesanan mereka di https://duit.bnm.gov.my dari Isnin, 12 Oktober 2020 (9.00 pagi) hingga Jumaat, 30 Oktober 2020 (11.00 malam). Sekiranya terdapat langganan berlebihan, pengundian akan dijalankan. Orang ramai dinasihatkan untuk membuat pesanan melalui sistem dalam talian Bank Negara Malaysia dan bukan dengan pihak lain atau kemudahan pesanan yang tidak sah. Semua pesanan akan dipertimbangkan dan tiada keistimewaan diberikan kepada pesanan berdasarkan tarikh dan waktu pesanan.

Maklumat mengenai cara pembayaran, pengumuman keputusan, dan penghantaran boleh didapati di laman web pesanan di atas.

© Bank Negara Malaysia, 2020. All rights reserved.