Results

Agrobank - Bank Pertanian Malaysia Berhad

10/06/2020 | Press release | Distributed by Public on 10/06/2020 06:45

Agrobank Sahkan Seorang Kakitangan Positif Covid-19

KUALA LUMPUR - Agrobank mengesahkan salah seorang kakitangannya di cawangan Agrobank Sg Buloh telah diuji positif COVID-19. Pekerja berkenaan kini sedang menjalani rawatan perubatan di Hospital Kerajaan.

Penjejakan kontak rapat juga telah dilakukan untuk mengenal pasti dan memaklumkan kepada mereka yang telah mempunyai hubungan langsung dengan pekerja tersebut, dan mereka akan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari sambil terus memantau keadaan kesihatan mereka dan menunggu arahan lanjut daripada pihak berkuasa. Agrobank bekerjasama secara rapat dengan pihak berkuasa kesihatan untuk sebarang tindakan susulan yang mungkin diperlukan.

Cawangan yang terjejas juga akan ditutup sementara bermula 7 Oktober 2020 sehingga pemberitahuan lebih lanjut kelak bagi tujuan memfasilitasi aktiviti sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh, bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat daripada penularan virus, dan ia akan dijalankan berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan .

Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, semua pekerja Agrobank di cawangan berkenaan akan diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari bermula dari 7 Oktober 2020. Agrobank telah mengambil semua langkah pencegahan yang diperlukan untuk memastikan keadaan kesihatan dan keselamatan para pelanggan, pekerja dan masyarakat pada tahap terbaik.