Ministry of Defence of Malaysia

05/18/2022 | News release | Distributed by Public on 05/18/2022 20:03

KETUA SETIAUSAHA MINDEF TEKANKAN ISU ANCAMAN SIBER DI ADSOM-PLUS

KETUA SETIAUSAHA MINDEF TEKANKAN ISU ANCAMAN SIBER DI ADSOM-PLUS

KEMBOJA, 18 Mei 2022 - YBhg. Dato' Sri Muez Abd Aziz telah menekankan bahawa ruang siber yang bersifat dinamik memerlukan sektor pertahanan untuk sentiasa berwaspada dan peka, terutamanya terhadap ancaman siber yang boleh menggugat kestabilan negara.

Beliau menjelaskan pandangan Malaysia bahawa kerjasama serantau dalam keselamatan siber, terutamanya melalui platform ASEAN merupakan cara terbaik untuk menangani ancaman siber dan membina keyakinan serantau.

Perkara ini juga turut dilaksanakan melalui ADMM-Plus Experts Working Group on Cyber Security yang dipengerusikan secara bersama oleh Malaysia dan Republik Korea bagi tempoh 2021 sehingga 2024.