TNB - Tenaga Nasional Berhad

01/07/2022 | Press release | Distributed by Public on 01/07/2022 03:04

2 PM - Status Penutupan Bekalan Sementara di Johor

07/01/2022

Pelanggan yang dihargai,

Setakat jam 2 petang, terdapat penambahan kawasan bagi negeri Johor disebabkan keadaan hujan lebat dan banjir.

Berikut adalah kawasan yang masih belum mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat:

Muar:

1. Jalan Durian Chondong
2. Kampung Penchu
3. Taman Sri Jaya Bukit Kepong
4. Galeri Darurat Bukit Kepong

Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

PERINGATAN: Jangan biarkan anak-anak anda bermain di dalam kawasan pencawang elektrik yang telah ditenggelami banjir atau berhampiran dengan tiang elektrik yang patah.

Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai.