Ministry of Finance of Malaysia

10/28/2020 | Press release | Distributed by Public on 10/27/2020 19:48

Siaran Media - Pengesahan Bayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bermula Awal Daripada Dijadualkan

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

PENGESAHAN BAYARAN FASA PERTAMABANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) 2.0 BERMULA AWAL DARIPADA DIJADUALKAN

Pihak Kerajaan amat peka dan prihatin dengan kesukaran yang dialami oleh rakyat pada ketika ini. Susulan beberapa pertanyaan daripada orang ramai,Kementerian Kewangan ingin mengesahkan bahawa pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 telah bermula lebih awal daripada dijadualkan iaitu daripada 26 Oktober kepada 19 Oktober 2020 yang lalu. Pembayaran BPN 2.0 fasa pertama ini dapat dipercepatkan ekoran komitmen usaha pegawai-pegawai Kementerian, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan institusi kewangan yang terlibat.

Sehubungan itu,pembayaran sedang dibuat secara berperingkat dengan mengutamakan golongan B40. Pembayaran telah pun bermula pada 19Oktober 2020 melibatkan 7.5 juta penerima, iaitu3.7 juta penerima kategori isi rumah dan 3.8 juta penerima kategori bujang. Manakala golongan M40 pula yang melibatkan 3.1 juta penerima, iaitu 1.4 juta penerima kategori isi rumah dan 1.7 juta penerima kategori bujang, pembayaran telah bermula mulai 22 Oktober2020. Proses pengkreditan bayaran BPN 2.0 ini akan berterusan dan dijangka diselesaikan sebelum hujung bulan Oktober2020.

Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, mereka boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Oktober 2020. Manakala penerima yang didapati gagal kredit pula akan dapat membuat penunaian mulai minggu kedua November 2020. Memandangkan terdapat beberapa negeri yang sedang dalam tempoh PKPB, pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa bagi menjaga kesihatan dan keselamatan penerima.

Kerajaan juga ingin mengingatkan bahawa tempoh permohonan baharu BPN 2.0 masih dibuka sehingga 15 November 2020. Bagi mereka yang diluluskan, bayaran akan dibuat secara sekaligus pada bulan Januari 2021.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjutatau semakan, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
24 Oktober 202