Ministry of Finance of Malaysia

01/08/2021 | Press release | Distributed by Public on 01/08/2021 03:25

Siaran Media - Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 9 Januari 2021 Hingga 15 Januari 2021

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

HARGA RUNCIT PRODUK PETROLEUM BAGI TEMPOH 9 JANUARI 2021 SEHINGGA 15 JANUARI 2021

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 9 Januari 2021 sehingga 15 Januari 2021 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM2.14 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM1.84 seliter; dan
  3. harga runcit diesel naik sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM2.01 seliter kepada RM2.02 seliter.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
8 Januari 2021