AirAsia Group Berhad

06/21/2019 | Press release | Distributed by Public on 06/21/2019 00:50

Penipuan Menggunakan Jenama AirAsia

SEPANG, 21 Jun 2019 - AirAsia memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan penipuan dalam talian melalui e-mel yang menggunakan tajuk Bonus AirAsia Big Loyalty.

Orang ramai diminta untuk berhati-hati dan sentiasa merujuk kepada laman web dan saluran media sosial rasmi AirAsia untuk berita, aktiviti atau promosi terkini syarikat.

Bagi mengelakkan sebarang keraguan atau ingin melaporkan penipuan yang disyaki melibatkan AirAsia, sila berhubung dengan kami melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut:

Facebook:www.facebook.com/airasia Twitter:www.twitter.com/airasia Laman AirAsia Support:support.airasia.com

AirAsia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menganjurkan skim palsu tersebut menggunakan jenama AirAsia. AirAsia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul daripada skim palsu ini.