Results

TNB - Tenaga Nasional Berhad

10/06/2020 | Press release | Distributed by Public on 10/06/2020 00:37

Jemputan Pra Kelayakan untuk Skop Kerja Kawalan Keselamatan di Tenaga Nasional Berhad

06/10/2020

TNB mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk menyertai Pra Kelayakan untuk kerja Kawalan Keselamatan di Tenaga Nasional Berhad.

Syarat kelayakkan bagi menyertai sesi Pra Kelayakan Kawalan Keselamatan adalah seperti berikut:-

No. Kriteria Keperluan
1.

Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan mempunyai kod bidang KK 220801

Sijil KK mengikut kod bidang kerja yang diperlukan
2. Status syarikat Bumiputera dari KK jika ada Sijil taraf Bumiputera KK (sekiranya ada)
3. Berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad Sijil Vendor TNB mengikut kod bidang kerja yang diperlukan @ bagi syarikat yang belum mendaftar dengan TNB boleh memajukan permohonan pra kelayakan.
4. Memiliki Lesen KDN yang sah di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 Sijil/Lesen KDN yang sah
5. Penubuhan syarikat adalah melebihi lima (5) tahun Memajukan dokumen SSM
6. Mempunyai positif shareholder fund bagi syarikat Sdn Bhd. Memajukan Laporan Kewangan Beraudit 12 bulan yang terkini
7. Bagi syarikat enterprise perlu memajukan penyata bank terkini. Memajukan penyata bank 3 bulan terkini
8. Tidak disenaraihitam/digantung/kes litigasi di TNB Tiada
9. Mempunyai pengalaman melaksanakan kerja yang berkaitan perkhidmatan kawalan keselamatan dengan nilai kontrak melebihi RM5 juta untuk satu (1) kontrak atau jumlah kontrak terkumpul minimum RM20 juta dalam tempoh lima (5) tahun terkini. Memajukan surat setuju terima (SST)/PO/Invoice sekiranya TNB Vendor atau Others (Syarikat luar) - LOA kontrak & PO & Invoice & surat pengesahan kerja [email protected] dijalankan.
10. Mempunyai Pengawal Keselamatan (Wargenegara Tempatan) yang dilantik oleh syarikat melebihi 100 orang Memajukan dokumen penyata pembayaran pekerja kepada KWSP atau SOCSO (3 bulan penyata)
11. Syarikat mempunyai kelulusan KDN untuk beroperasi di negeri / zon yang berkenaan Memajukan daripada KDN dokumen berkaitan.
12.

Bagi Kawalan Bersenjata (sekiranya berkaitan)
Syarikat perlu memajukan

  • Lesen senjata - lesen A (kebenaran syarikat beroperasi membekal pengawal senjata api)
  • 20 Lesen CNU ( Carry and use) (individu) (setiap individu perlu ada di dalam penyata KWSP syarikat)
  • Memiliki senjata api (minimum 20 pump gun).
Memajukan dokumen yang berkaitan:
  • Lesen A
  • 20 lesen CNU
  • Lesen senjata api

Permohonan Pra kelayakan ini perlu dibuat secara atas talian, Oleh itu, syarikat-syarikat yang ingin menyertai Pra kelayakan ini perlu membuat permohonan melalui emel dengan mengisi 'Subject :- Pra Kelayakan Kawalan Keselamatan' kepada alamat email [email protected]. Pihak kami akan membalas email tersebut dan memberikan maklumat lanjut berhubung sesi ini.

Tarikh akhir bagi permohonan dan mengisian maklumat bagi sesi pra kelayakan ini adalah seperti berikut:

  • Tarikh :16 October 2020
  • Hari : Jumaat
  • Waktu : 5.00 Petang

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan pegawai seperti nama di bawah.

Berikut adalah no telefon dan alamat email yang boleh dihubungi :-

Nama No. Telefon
Puan Rashida Abdullah 03 - 2776 7168
En Shahrizal bin Ramli 03 - 2776 7165
Puan Noorhazlindawaty Md Razali 03 - 2776 7162
En. Ahmad Fauzee bin Nor Hisham 03 - 2776 7157