Results

AirAsia Group Berhad

11/02/2020 | Press release | Distributed by Public on 11/01/2020 20:00

airasia.com lancar airasia Health, platform digital untuk perkhidmatan perubatan secara menyeluruh

Kuala Lumpur, 2 November 2020 - Asean super app, airasia.com melancarkan airasia Health, sebuah platform digital pertama di Asean untuk perkhidmatan perubatan secara menyeluruh.

Sebagai permulaan, airasia Health menawarkan tempahan untuk ujian RT-PCR Covid-19 bermula daripada RM260, yang disediakan oleh rakan perubatannya Lifecare Diagnostic Medical Centre dan Sunway Medical Centre. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, layari airasia.com/health.

airasia Health turut bekerjasama dengan penyedia perubatan dan hospital terkemuka, serta menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti perundingan profesional, rawatan tempahan seperti pemeriksaan kesihatan, estetika, pemeriksaan kesejahteraan dan kesuburan, termasuklah perkhidmatan logistik merangkumi penerbangan, penginapan, perkhidmatan sokongan visa perubatan dan peneman pesakit, semuanya dalam satu platform.

Karen Chan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com berkata: 'Penjagaan kesihatan merupakan aspek penting untuk semua dan kami ingin membantu memudahkannya. Daripada rundingan awal hingga perkhidmatan pasca-rawatan, kami berhasrat untuk menawarkan perkhidmatan yang lancar untuk semua melalui platform airasia Health. Bukan itu sahaja, airasia Health juga menawarkan perkhidmatan perjalanan yang disokong oleh ekosistem airasia.com merangkumi perkhidmatan logistik perjalanan seperti pilihan penerbangan, penginapan dan mobiliti, seterusnya memudahkan perjalanan pelancong perubatan.'

Untuk senarai lengkap rawatan dan perkhidmatan yang terdapat di airasia Health, layari airasia.com/health. Senarai rakan perubatan airasia Health termasuklah Alpha IVF & Women's Specialists, Beverly Wilshire Medical Centre, Sunway Medical Centre, Genesis IVF & Women's Specialist Centre, Sunway TCM Centre, Pure Touch Clinic dan banyak lagi. Selain itu, airasia Health disokong oleh panel penasihat pakar industri seperti Datuk Dr Kuljit Singh, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM); Dato' Dr Colin Lee, Pakar Perunding serta Pakar Ginekologi dan Kesuburan, dan ramai lagi.