AirAsia Group Berhad

11/24/2020 | Press release | Distributed by Public on 11/24/2020 01:08

Kenyataan Media: AirAsia dan Tourism Malaysia bekerjasama tawar e-baucar Cuti-Cuti Malaysia bernilai RM50 untuk memacu pelancongan domestik

KUALA LUMPUR, 24 November 2020 - AirAsia memuji langkah proaktif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dalam mengumumkan Pakej Rangsangan dan Pelan Pemulihan terperinci untuk menghidupkan kembali ekonomi negara melalui pelancongan domestik, yang melibatkan kempen Cuti-Cuti Malaysia dengan kerjasama pemain industri pelancongan.

Sebagai salah satu syarikat penerbangan yang mengambil bahagian dalam pelan ini, AirAsia akan menawarkan e-baucar bernilai RM50 kepada 24,000 pelancong domestik yang dijangka akan memacu pelancongan domestik dan membantu menjana pendapatan perniagaan berkaitan dengan pelancongan seperti hotel, restoran, pengendali pelancongan dan banyak lagi.

E-baucar tersebut boleh ditebus di laman web kami, airasia.com tidak lama lagi. Ikuti kami di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasia) dan Instagram (instagram.com/airasia) untuk maklumat terkini.

***

Nota:
Kenyataan oleh Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia