TNB - Tenaga Nasional Berhad

10/05/2020 | Press release | Distributed by Public on 10/05/2020 02:14

Jemputan Pra Kelayakan untuk Skop Kerja Rentis di Tenaga Nasional Berhad

05/10/2020

TNB mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk menyertai Pra Kelayakan untuk kerja Rentis di Tenaga Nasional Berhad.

Syarat kelayakkan bagi menyertai sesi Pra Kelayakan Rentis adalah seperti berikut:-

No. Kriteria Keperluan
1.

Berdaftar dengan CIDB dan mempunyai kod bidang CIDB E11/E23

ATAU

Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan mempunyai kod bidang KK 221002

Sijil CIDB mengikut kod bidang kerja yang diperlukan

ATAU

Sijil KK mengikut kod bidang kerja yang diperlukan
2. Status syarikat Bumiputera dari CIDB/KK jika ada Sijil taraf Bumiputera dari CIDB/KK
3. Berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad Sijil Vendor TNB mengikut kod bidang kerja yang diperlukan @ bagi syarikat yang belum mendaftar dengan TNB boleh memajukan permohonan pra kelayakan.
4. Mempunyai minimum share capital RM50,000.00 bagi syarikat Sdn Bhd Memajukan e-info SSM
5. Mempunyai positif shareholder fund bagi syarikat Sdn Bhd Memajukan Laporan Kewangan Beraudit 12 bulan yang terkini
6. Bagi syarikat enterprise perlu memajukan penyata bank terkini. Memajukan penyata bank 3 bulan terkini
7. Mempunyai pengalaman untuk kerja yang sama di TNB atau bukan TNB dalam tempoh 10 tahun terkini Memajukan TOC/CC/PO/LOA bagi kerja-kerja yang berkaitan
8. Tidak disenaraihitam/digantung/kes litigasi di TNB Tiada
9. Mempunyai pasukan kerja Menyatakan senarai pekerja/pasukan/penyelia

Permohonan Pra kelayakan ini perlu dibuat secara atas talian, Oleh itu, syarikat-syarikat yang ingin menyertai Pra kelayakan ini perlu membuat permohonan melalui emel dengan mengisi 'Subject :- Pra Kelayakan Skop Kerja Rentis' kepada alamat email [email protected]. Pihak kami akan membalas email tersebut dan memberikan maklumat lanjut berhubung sesi ini.

Tarikh akhir bagi permohonan dan mengisian maklumat bagi sesi pra kelayakan ini adalah seperti berikut:

  • Tarikh :9 October 2020
  • Hari : Jumaat
  • Waktu : 5.00 Petang

Penggunaan Sijil Pra Kelayakan skop rentis ini adalah mandatori bagi tender-tender akan datang.

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan pegawai seperti nama di bawah.

Berikut adalah no telefon dan alamat email yang boleh dihubungi :-

Nama No. Telefon
Puan Rashida Abdullah 03 - 2776 7168
En Shahrizal bin Ramli 03 - 2776 7165
Puan Noorhazlindawaty Md Razali 03 - 2776 7162
En. Ahmad Fauzee bin Nor Hisham 03 - 2776 7157