Ministry of Foreign Affairs of Malaysia

08/15/2022 | Press release | Distributed by Public on 08/14/2022 18:37

LAWATAN RASMI PYT DR. BISERA TURKOVIC, MENTERI LUAR NEGERI BOSNIA DAN HERZEGOVINA KE MALAYSIA, DARI 15 HINGGA 16 OGOS 2022

LAWATAN RASMI PYT DR. BISERA TURKOVIC, MENTERI LUAR NEGERI BOSNIA DAN HERZEGOVINA KE MALAYSIA,

DARI 15 HINGGA 16 OGOS 2022

YB Dato' Sri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri, akan menerima rakan sejawatan dari Bosnia dan Herzegovina, PYT Dr. Bisera Turkovic, sempena lawatan sulung beliau ke Malaysia dari 15 hingga 16 Ogos 2022.

YB Dato' Sri Saifuddin Abdullah dan PYT Dr. Bisera Turkovic dijadualkan bertemu dan meneliti perkembangan kemajuan hubungan yang terjalin antara Malaysia dan Bosnia dan Herzegovina. Kedua-dua Menteri Luar Negeri juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Semasa pertemuan tersebut, kedua-dua Menteri Luar Negeri dijangka akan mengadakan pertukaran Nota Diplomatik mengenai penubuhan mekanisme perundingan dua hala dan inisiatif pembangunan kapasiti antara Malaysia dan Bosnia dan Herzegovina.

Berdasarkan latar belakang hubungan yang erat di antara Malaysia dan Bosnia dan Herzegovina, lawatan ini dijangka akan mengukuh dan meningkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara, terutamanya bersempena dengan ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik pada 5 Disember 2022.

PUTRAJAYA

15 Ogos 2022