Ministry of Defence of Malaysia

03/28/2023 | News release | Distributed by Public on 03/29/2023 01:18

HUBUNGAN KERJASAMA PERTAHANAN MALAYSIA-UNITED KINGDOM

HUBUNGAN KERJASAMA PERTAHANAN MALAYSIA-UNITED KINGDOM

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2023- Baroness Goldie DL, Minister of State bagi Kementerian Pertahanan negara United Kingdom telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Pertahanan di Wisma Pertahanan.

Dalam kunjungan hormat tersebut, Baroness Goldie telah menyampaikan hasrat negara UK untuk memperkukuh hubungan dengan Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara seperti yang dinyatakan dalam dokumen strategi terbaharu negara berkenaan iaitu Integrated Review Refresh 2023 (IRR 2023). Negara UK juga menyatakan komitmen kepada inisiatif pelbagai hala Aturan Pertahanan Lima Negara (Five Power Defence Arrangement - FPDA) dan hasrat menyertai ASEAN Defence Ministers' Meeting Plus (ADMM-Plus) sebagai rakan dialog.

Selain itu, YB Menteri Pertahanan dan Baroness Goldie bersetuju supaya mesyuarat Malaysia-United Kingdom Defense Strategic Dialogue (DSD) diadakan pada penghujung tahun ini dalam usaha meningkatkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.