AirAsia Group Berhad

08/05/2021 | Press release | Distributed by Public on 08/04/2021 19:56

Daftar kursus percuma untuk pemasaran digital, analisis data dan banyak lagi di Redbeat Academy

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2021 - Redbeat Academy hari ini melancarkan siri pembelajaran percuma bagi individu yang berminat untuk mempelajari dan menambah baik diri dengan kemahiran baharu serta mereka yang sering mengikuti pengetahuan terkini dan tren ekonomi digital melalui pelbagai kursus praktikal dalam talian tanpa sebarang kos.

Individu yang berminat boleh mempelajari kursus yang relevan pada masa hadapan dengan menyertai sembilan kursus selama satu jam setiap kursus termasuk Pemasaran Digital, Analisis Data, Keselamatan Siber, Reka Bentuk UX yang disediakan oleh tenaga pengajar yang pakar berkelayakan dalam bidang masing-masing bermula hari ini hingga 2 September 2021.

Lihat jadual penuh kursus-kursus yang ditawarkan dan daftar secara PERCUMA di sini. Selepas mendaftar, setiap individu akan menerima emel pengesahan bersama butir-butir lanjut untuk sesi pembelajaran dalam talian.

Dr Ram Gopal, Pengarah Strategi & Inovasi Redbeat Academy berkata, 'Sebahagian daripada visi kami di Redbeat Academy adalah untuk memastikan akses pendidikan tersedia untuk semua. Pemilihan topik-topik untuk kursus percuma ini telah diteliti oleh tenaga pengajar kami berdasarkan tren digital semasa dan relevan untuk semua peringkat umur, dan kami tidak sabar untuk mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai kursus pembelajaran secara percuma ini. Kami juga telah membina kursus ini supaya ia lebih interaktif dan memberi peluang kepada individu untuk bertanya soalan semasa sesi pembelajaran dijalankan. Kami mengalakkan semua orang yang berminat untuk mempelajari atau menambah baik diri dengan kemahiran digital baharu untuk mendaftar kursus percuma ini, kerana mereka bukan sahaja dapat belajar sesuatu yang baharu untuk diri sendiri tetapi juga membuka peluang baharu pada masa hadapan.'

Antara kursus menarik yang tersedia untuk sesi pembelajaran percuma ini termasuk Measuring Digital Marketing Metrics - yang mana individu akan mempelajari bagaimana untuk mengukur metrik pemasaran seterusnya membantu perniagaan mereka; The Mind of a Hacker - yang mana individu akan mempelajari bagaimana penyerang siber memperoleh dan mengakses rangkaian data mereka; How to Get Unstuck at Anything in Less Than 1 Hour - yang mana individu akan mempelajari bagaimana untuk menyingkirkan halangan dan mendapatkan penyelesaian dalam melaksanakan sesuatu perkara dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari redbeatacademy.com atau ikuti Redbeat Academy di Facebook, Redbeat Academy di Instagram danRedbeat Academy di YouTube.