Ministry of Foreign Affairs of Malaysia

12/07/2023 | Press release | Distributed by Public on 12/06/2023 18:33

LETUPAN GUNUNG MERAPI DI WILAYAH SUMATERA BARAT, REPUBLIK INDONESIA

LETUPAN GUNUNG MERAPI DI WILAYAH SUMATERA BARAT, REPUBLIK INDONESIA

Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan ingin mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kejadian letupan Gunung Merapi di Wilayah Sumatera Barat, Republik Indonesia.

Pada 3 Disember 2023, Gunung Merapi telah meletus dan hujan abu tebal tersebar sejauh kira-kira radius tiga kilometer serta mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda di kawasan berhampiran.

Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Indonesia serta keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian ini.

Sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan seperti maklumat di bawah:

Konsulat Jeneral Malaysia di Medan

Alamat:Jalan P. Diponegoro No. 43, Medan 20152

Sumatera Utara, Republik Indonesia

No. Telefon:+62 61 4531342

+62 61 4523992

Emel:[email protected]

PUTRAJAYA

7 Disember 2023