Ministry of Foreign Affairs of Malaysia

03/14/2024 | Press release | Distributed by Public on 03/14/2024 18:09

HARI ANTARABANGSA MEMERANGI ISLAMOFOBIA

HARI ANTARABANGSA MEMERANGI ISLAMOFOBIA

Hari ini merupakan sambutan Ulangtahun Ketiga Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia. Sambutan ini merupakan satu gesaan untuk menghentikantindakankebencianterhadapIslam.Malaysia bimbang dengan pengiktirafan terhadap tindakan-tindakan provokasi, tidakmenghormatidantindakanyangmenyinggungperasaantermasuklah insiden pembakaran kitab suci Al-Quran secara berterusan. Perkara ini akan terus menyemai sifat kebencian dan keganasan terhadap umat Islam dan golongan agama minoriti yang lain. Tindakan tersebut adalah manifestasi Islamofobiayangamatmerbahayadantelahmenularmenjadiwabak;danjika tindakanbersifat Islamofobiaini tidakdibendung, iaakan menyumbangkepada peningkatankeganasandisampingmenormalisasikankebencianterhadap umat Islam di seluruh dunia. Ini cuma akan menghakis usaha memupuk keamanandankeharmoniandiperingkatantarabangsa.Malaysiamenegaskankomitmenyangtidakberbelah-bahagidalammenangani Islamofobia dan ini juga termasuk menangani keganasan dan kebencian terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan masing-masing. Malaysia terus menjunjung Perkara 1 di dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bahawa "Semua manusia dilahirkan bebasdansamaratadarisegikemuliaandanhak-hak".Malaysia mengalu-alukan pelbagai inisiatif Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Majlis Hak Asasi Manusia dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang menyeru supaya masyarakat antarabangsa mengukuhkanlagiusahauntukmenggalakkanbudayatoleransidankeamanan berdasarkan penghormatan kepada hak asasi manusia, kepelbagaian dan kepercayaanagama.

Malaysia percaya bahawa tindakan yang lebih nyata adalah amat perlu bagi menangani punca Islamofobia. Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untukmengenalpastilangkah-langkahkukuhdalammembanteraskeadaandan perlakuan semasa yang memupuk perbuatan-perbuatan keji ini. Malaysia menyokong penuh seruan bagi pelantikan "Perutusan Khas Pertubuhan Bangsa-bangsaBersatuuntukmemerangiIslamofobia".Dialog antara budaya dan agama memainkan peranan penting dalam memupuk keamanan, kesederhanaan dan toleransi beragama. Sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, Malaysia percaya bahawa nilai kesederhanaandapatmerapatkanperbezaandanmenyelesaikanpertikaian berdasarkanamalansalinghormat-menghormatidanmemahami,toleransi, dialog,bertolakansur,keharmonian,keterangkumandankeadilan.

Malaysiakekalteguhdengankomitmenuntukbekerjasamadengansemua pihakberkepentingandalammemerangiIslamofobiadenganberkesan.

YBDATO'SERIUTAMAHAJIMOHAMADBINHAJIHASAN

PUTRAJAYA

15 MAC 2024