Ministry of Foreign Affairs of Malaysia

07/20/2023 | Press release | Distributed by Public on 07/19/2023 23:59

INSIDEN TEMBAKAN RAMBANG DI QUAY STREET AUCKLAND, NEW ZEALAND

INSIDEN TEMBAKAN RAMBANG DI QUAY STREET AUCKLAND, NEW ZEALAND

Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington ingin mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam insiden tembakan rambang yang berlaku di Quay Street, Auckland, New Zealand pada 20 Julai 2023.

Menurut laporan awal, seorang lelaki bersenjatakan senapang patah telah melepaskan tembakan rambang yang setakat ini telah meragut dua (2) nyawa dan mencederakan enam (6) orang yang lain. Penembak rambang tersebut juga dilaporkan telah mati di tempat kejadian.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington di butiran seperti di bawah:

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington

10 Washington Avenue Brooklyn

PO Box 9422 Wellington

Telefon: +64-4-3852439

Telefon: +64-210440188 (untuk kecemasan)

E-mel: [email protected]

Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

PUTRAJAYA

20 Julai 2023