Ministry of Foreign Affairs of Malaysia

03/30/2024 | Press release | Distributed by Public on 03/30/2024 00:31

KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN LIMA ORANG PELAJAR WARGANEGARA MALAYSIA DI NEW ZEALAND

KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN LIMA ORANG PELAJAR WARGANEGARA

MALAYSIA DI NEW ZEALAND

Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand, ingin mengesahkan insiden kemalangan jalan raya yang melibatkan lima orang pelajar warganegara Malaysia di Lake Tekapo pada 30 Mac 2024, jam 1.45 petang waktu tempatan. Dua orang daripada mangsa dilaporkan terkorban di tempat kejadian manakala tiga orang lagi telah diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands, New Zealand untuk mendapatkan rawatan segera.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, dengan bantuan komuniti Malaysia di Christchurch, sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga bagi memastikan pengurusan kebajikan kesemua mangsa berjalan dengan lancar. Kementerian Luar Negeri dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedia membantu sekiranya pihak waris membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia.

Kementerian Luar Negeri juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington di butiran seperti di bawah:

SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI WELLINGTON

Alamat : 10 Washington Avenue Brooklyn

PO Box 9422

Wellington

No. Telefon : +64-4-3852439 / +64-210440188 (kecemasan)

Emel : [email protected]

PUTRAJAYA

30 Mac 2024