Ministry of Foreign Affairs of Malaysia

09/26/2022 | Press release | Distributed by Public on 09/26/2022 00:22

MENTERI KANAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MEWAKILI YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA KE PENGEBUMIAN NEGARA UNTUK MENDIANG TYT SHINZO ABE DI TOKYO, JEPUN 27 SEPTEMBER 2022

MENTERI KANAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MEWAKILI

YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA KE PENGEBUMIAN NEGARA

UNTUK MENDIANG TYT SHINZO ABE DI TOKYO, JEPUN

27 SEPTEMBER 2022

YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mewakiliYABDato'SriIsmailSabriYaakob,PerdanaMenteriMalaysia ke Upacara Pengebumian Negara untuk mendiang TYT Shinzo Abe, Mantan Perdana Menteri Jepun pada 27 September 2022 di Nippon Budokan, Tokyo.

YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali akan diiringi oleh pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo semasa upacara tersebut. Upacara tersebut juga merangkumi sesi pertemuan bersama TYT Fumio Kishida, Perdana Menteri Jepun dengan kehadiran TYT Hirokazu Matsuno, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun dan TYT Yoshimasa Hayashi, Menteri Luar Negeri Jepun diikuti dengan pertemuan ringkas bagi menyampaikan ucapan takziah kepada Puan Akie Abe, isteri kepada TYT Abe di Akasaka Palace, Tokyo.

Semasa memegang jawatan Perdana Menteri Jepun, TYT Abe telah mengadakan lawatan ke Malaysia sebanyak tiga (3) kali dan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan hubungan dua hala termasuk mengukuhkan lagi Dasar Pandang ke Timur (DPT). Lawatan terakhirbeliaukeMalaysia selaku Utusan Khas Perdana Menteri Jepun adalah bagi memperingati ulang tahun ke-40 DPT di mana TYT Abe telah mengadakan pertemuan dengan YAB Perdana Menteri Malaysia dan majlis menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada Mac 2022.

Pada 13 Julai 2022, YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Luar Negeri telah menandatangani buku takziah penghormatan di Kedutaan Besar Jepun di Kuala Lumpur.

PUTRAJAYA

26 September 2022