Results

AirAsia Group Berhad

08/29/2022 | Press release | Distributed by Public on 08/28/2022 21:19

Rebut peluang pembelajaran sepanjang hayat bersama airasia academy Merdeka ini

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2022 - Sempena menghayati semangat Merdeka dan menyemarakkan minat pembelajaran sepanjang hayat, airasia academy menawarkan akses PERCUMA selama 1 bulan kepada pelanggan baru dan lama dengan setiap langganan on-demand learning (ODL) selama 3 bulan.

Langgan mulai 30 Ogos hingga 4 September 2022 untuk menikmati akses tanpa had kepada koleksi lebih 16,000 video merangkumi pelbagai topik untuk kanak-kanak dan dewasa seperti Pinkfong (Baby Shark), Magic Mountain (tutorial drum), Jom Tuisyen (sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia), Google Primer (untuk usahawan mikro, kecil dan sederhana), Deutsche Welle (DW) (tip gaya hidup) dan banyak lagi.

Platform ODL airasia academy turut menawarkan kandungan teknologi yang mendapat permintaan tinggi dengan usahasama pakar-pakar dalam bidang kejuruteraan perisian, pemasaran digital, sekuriti siber, analisis data, infrastruktur cloud dan rekaan UX selain kemahiran insaniah, pembangunan kendiri, gaya hidup dan lain-lain.

Aireen Omar, Presiden (Usahaniaga) Capital A & Ketua Pegawai Eksekutif airasia academy berkata:"Kami di airasia academy sentiasa berusaha untuk menyemarakkan minat pembelajaran digital di kalangan rakyat Malaysia untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran demi prospek kehidupan yang lebih baik. Masih ada golongan yang ketinggalan tanpa akses kepada pendidikan sewajarnya. Justeru, kami merapatkan jurang ini dengan menawarkan solusi teknologi pendidikan sehenti mampu milik dan mudah untuk semua. Sempena Merdeka, kami berharap rakyat Malaysia mengambil peluang ini untuk belajar sesuatu yang sudah lama mereka impikan dan menemui minat terhadap pembelajaran seumur hidup."

Dilancarkan pada 7 Julai 2022, platform ODL airasia academy dibangunkan untuk memperkasa dan membakar minat rakyat Malaysia terhadap pembelajaran sepanjang hayat. Usaha ini sejajar misi syarikat untuk menyediakan pendidikan digital yang mampu milik dan mudah diakses oleh semua.

Sempena Merdeka, airasia academy menawarkan langganan ODL selama 3 bulan pada harga istimewa RM28/bulan dengan 1 bulan langganan secara PERCUMA. Promosi ini boleh didapati menerusi airasiaacademy.com/happenings/odl-merdeka-deals.