Kuala Lumpur City Hall

11/22/2023 | News release | Distributed by Public on 11/23/2023 00:41

DBKL Raikan Lebih 100 Pengamal Media Sempena Program DBKL Bersama Media: Walk Hunt 2023

DBKL Raikan Lebih 100 Pengamal Media Sempena Program DBKL Bersama Media: Walk Hunt 2023

By Hamizi Hamir JPRKIn Berita dan Acara TerkiniPosted 22 November 2023
Lebih 100 orang pengamal media telah menyertai DBKL Walk Hunt 2023 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai menghargai sumbangan mereka menerusi pelaporan berita positif mengenai DBKL. Program berlangsung semalam merupakan Penganjuran pada tahun ini merupakan edisi ke- 9 dan telah bermula sejak tahun 2014.
Pelepasan peserta DBKL Walk Hunt 2023 telah disempurnakan oleh YBrs. En Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi. Para peserta secara berkumpulan dikehendaki menjawab 25 soalan yang telah tersedia di lokasi yang ditentukan melibatkan laluan sepanjang 3 km.
Pada Sebelah tengah hari, telah diadakan pula pertandingan karaoke dan kesemua pengamal media yang hadir telah disajikan dengan makan tengah hari yang dihoskan oleh YBhg. Datuk Sr Hj. Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur bertempat di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut.
Datuk Bandar Kuala Lumpur juga turut meluangkan masa menyampaikan hadiah kepada pemenang Walk Hunt 2023.Turut hadir bersama dalam program ini adalah Pengarah Eksekutif DBKL dan ketua-ketua jabatan dalaman DBKL.
Tahniah diucapkan kepada kesemua pemenang dan terima kasih kepada kesemua pengamal media yang hadir di atas masa yang diluangkan bagi memeriahkan lagi program ini.