Ministry of Foreign Affairs of Malaysia

04/14/2024 | Press release | Archived content

NASIHAT PERJALANAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI IRAN, JORDAN, LEBANON DAN IRAQ

NASIHAT PERJALANAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA DI IRAN, JORDAN, LEBANON DAN IRAQ

Kerajaan Malaysia sedang memantau perkembangan di Timur Tengah susulan ketegangan di antara Iran dan Israel pada 14 April 2024.

Kerajaan komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan warganegara Malaysia di kawasan tersebut.

Disebabkan situasi yang semakin tegang, beberapa negara, termasuk Iran, Jordan, Lebanon dan Iraq, telah menutup ruang udara mereka.

Warganegara Malaysia di negara-negara berkenaan perlu bersedia menghadapi gangguan pada jadual penerbangan dan merancang perjalanan mereka sewajarnya.

Rakyat Malaysia yang berada di dalam kecemasan dan memerlukan bantuan di rantau ini boleh berhubung dengan Kedutaan atau Konsulat Malaysia yang terdekat seperti di butiran berikut:

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI TEHRAN, IRAN

Alamat: No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb

Nombor telefon: +98 21 880724444

+98 21 88078606

Emel: [email protected] [email protected]

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI AMMAN, JORDAN

Alamat: No. 5, Hassan Al Kayed Street, Off Abai Street, Abdoun, Amman 11183, Jordan

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BEIRUT, LEBANON

Alamat: Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Lebanon

Nombor Telefon: +961 71 380 063

+961 7677 2527

Emel: [email protected]

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BAGHDAD, IRAQ

Alamat: Mezzanine Floor, Babylon Rotana Hotel, Al Abassi Street, Al Jadria, Baghdad, Iraq

Nombor Telefon: +964 786 497 0086

+964 786 497 0087

Emel: [email protected]

Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk kekal berwaspada dengan situasi semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

PUTRAJAYA

14 April 2024