Results

Ministry of Foreign Affairs of Malaysia

04/23/2024 | Press release | Distributed by Public on 04/22/2024 19:15

LAWATAN RASMI YB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN, MENTERI LUAR NEGERI, KE REPUBLIK RAKYAT CHINA 23 – 25 APRIL 2024

LAWATAN RASMI YB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN,

MENTERI LUAR NEGERI, KE REPUBLIK RAKYAT CHINA

23 - 25 APRIL 2024

YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri, sedang mengadakan Lawatan Rasmi ke Republik Rakyat China (RRC) dari 23 hingga 25 April 2024. Ini adalah lawatan pertama beliau ke negara tersebut susulan pelantikan beliau selaku Menteri Luar Negeri pada 12 Disember 2023.

Lawatan ini amat penting kerana Malaysia dan China meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tahun ini, serta ulang tahun ke-11 penaiktarafan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (Comprehensive Strategic Partnership).

Di Beijing, YB Menteri Luar Negeri akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, TYT Wang Yi, untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama. Pertemuan tersebut akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk menilai kemajuan kerjasama dua hala dan meneroka bidang kolaborasi baharu.

Di samping itu, YB Menteri Luar Negeri juga dijadualkan untuk bertemu dengan TYT Liu Jianchao, Menteri Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat dan pegawai-pegawai kanan lain dari Parti Komunis China (Chinese Communist Party), serta akan mengadakan sesi libat urus dengan diaspora Malaysia.

China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia untuk lima belas tahun berturut-turut. Pada tahun 2023, jumlah dagangan antara Malaysia dan China bernilai RM450.84 bilion (USD98.80 bilion).

PUTRAJAYA

23 April 2024