AirAsia Group Berhad

05/24/2022 | Press release | Distributed by Public on 05/23/2022 22:20

AirAsia Academy bekerjasama dengan MyDIGITAL tingkatkan keupayaan digital 4IR untuk rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2022 - AirAsia Academy, cabang pendidikan RedBeat Capital di bawah Capital A berhad, telah mengumumkan kerjasamanya dengan MyDIGITAL Corporation untuk meningkatkan keupayaan digital dalam kalangan pelajar dan melatih semula golongan profesional untuk menyumbang kepada ekonomi digital negara yang semakin berkembang sejajar dengan Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR)

Pertukaran dokumen antara Aireen Omar, Presiden (Ventures) Capital A Berhad dan Fabian Bigar, Ketua Pegawai Eksekutif MyDIGITAL Corporation turut disaksikan oleh Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) di AirAsia Academy pada hari ini. Perjanjian tersebut menggariskan usaha sama antara kedua-dua pihak dalam menyokong dan mencapai hasil yang telah disasarkan di peringkat nasional di bawah Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MDEB) dan Dasar 4IR.

Pihak AirAsia Academy juga akan menyediakan kursus yang mudah diakses dan berpatutan merangkumi kedua-dua bidang perniagaan teknikal dan bukan teknikal yang tersedia dalam talian di samping menyediakan akses kepada ekosistem keusahawanan Capital A.

Antara kejayaan sejak pelancarannya pada bulan Oktober 2020, AirAsia Academy telah berjaya meningkatkan kemahiran dan melatih semula hampir 5,000 individu termasuklah 1,460 Allstars (kakitangan AirAsia), serta melatih lebih daripada 1,000 perusahaan kecil, sederhana dan mikro di Malaysia di bawah pelbagai program pembangunan khas melalui kerjasama dengan Google.

Aireen Omar, Presiden (Ventures) Capital A berkata, "Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan MyDIGITAL Corporation bagi memacu visi dalam mentransformasikan serta meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia dengan aset kami. Kami juga berbangga kerana dapat melihat transformasi yang hebat dalam kalangan Allstars (kakitangan AirAsia) yang telah menyertai pelbagai program pembangunan kemahiran sejak kami ditubuhkan, seperti daripada seorang pengendali bagasi kepada seorang saintis data dan ejen perkhidmatan pelanggan kepada ahli pemasar digital. Setakat ini, lebih 5,000 individu telah mengasah bakat digital mereka melalui AirAsia Academy, dan kami amat teruja kerana dapat menawarkan program untuk dimanfaatkan oleh semua."

Fabian Bigar menegaskan bahawa merapatkan jurang digital adalah penting untuk negara. "Kami teruja untuk bekerjasama dengan AirAsia Academy dalam menyokong inisiatif di bawah kluster Bakat Digital, khususnya, untuk menggalakkan bakat dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk para wanita, untuk mempertingkatkan kemahiran mereka dalam mencipta penyelesaian teknologi dan bukan sekadar pengguna teknologi. Program ini juga menawarkan fleksibiliti untuk mereka belajar mengikut kemampuan, masa dan lokasi masing-masing, jadi lebih ramai individu akan mendapat manfaat melalui inisiatif ini."

Dato' Sri Mustapa Mohamed berkata, "Kerajaan amat menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam menjana lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia, tanpa mengira jantina, umur, bangsa atau lokaliti untuk mempelajari teknologi 4IR. Ini akan meningkatkan kebolehpasaran mereka, prospek kemajuan kerjaya serta meningkatkan keupayaan mereka untuk menggunakan, membangunkan, mereka bentuk dan mencipta penyelesaian teknologi 4IR. AirAsia Academy telah berjaya meningkatkan kemahiran tenaga kerja AirAsia dengan menggunakan kemudahan moden yang amat diperlukan dalam dunia digital pada hari ini. Justeru, adalah penting untuk kita terus melatih semula dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja kita dengan pengetahuan yang diperlukan untuk teknologi 4IR."

Sempena pengumuman ini, AirAsia Academy menawarkan Kursus Peningkatan Kemahiran Atas Permintaan khas dengan hanya RM28 sebulan (harga asal RM69) untuk tempoh 6 bulan kepada 100 pelajar terawal. Antara kursus kemahiran yang ditawarkan adalah The Mind of a Hacker, Big Data Challenges in Industry dan Dashboarding with Data Studio.

Layari https://airasiaacademy.com/ untuk maklumat lanjut mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh AirAsia Academy.

About AirAsia Academy

AirAsia Academy is a one-stop tech, leadership and innovation academy aimed at supercharging the digital economy within the ASEAN region. Together with Google Cloud, AirAsia Academy is disrupting the conventional education space by bridging the gap between Tertiary Education and Advanced Industries within the ASEAN region.

AirAsia Academy fills in the vacuum that has existed in the past decades by up-skilling and re-skilling the workforce with what's relevant in the industry today, making our students highly employable, simultaneously equipping them with skill sets required for the modern era.

Launched in October 2020, AirAsia Academy has worked with various Non-government Organisations (NGOs) to reskill their staff in software engineering, blockchain and data. The Academy also set up the BINA Digital Programme in collaboration with Google to help small and medium-sized enterprises (SMEs) digitise their businesses where over 1,000 SMEs have been trained thus far.

About MyDIGITAL Corporation

MyDIGITAL Corporation, also known as the Strategic Change Management Office (SCMO), was established as a special purpose vehicle under the Economic Planning Unit (EPU), Prime Minister's Department (JPM).

MyDIGITAL Corporation is responsible for implementing change management at the national level, focused on formulating strategic plans and initiatives for the Malaysia Digital Economy Blueprint (MDEB) and the National Fourth Industrial Revolution (4IR) Policy.

Additionally, MyDIGITAL Corporation monitors the progress and evaluates the implementation performance, as well as the overall outcome of the digital economy and 4IR agenda, besides acting as the secretariat for the National Digital Economy and 4IR Council (MED4IRN), which is supported by the secretariat at the cluster level.