AirAsia Group Berhad

06/04/2020 | Press release | Distributed by Public on 06/03/2020 20:26

RedBeat Academy seru PKS untuk memacu perniagaan dengan program pembangunan khusus bersama Google

KUALA LUMPUR, 4 Jun 2020 - RedBeat Academy telah melancarkan program pembangunan khusus bagi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia, dengan kerjasama Google.

Dinamakan BINA Digital, program ini menawarkan kursus dalam talian bagi PKS memulakan, membina dan mengembangkan perniagaan mereka dalam talian, serta meningkatkan keupayaan mereka untuk terus mengekalkan perkembangan dan pertumbuhan perniagaan. Perniagaan tempatan kecil dan sederhana boleh mendapatkan maklumat lanjut dan menyertai program ini melalui laman web Akademi RedBeat di redbeatacademy.com.

RedBeat Academy adalah kerjasama antara Cabang Perusahaan Korporat Kumpulan AirAsia, RedBeat Ventures dan Google.

Program ini terdiri daripada tiga kategori: Kursus permulaan webinar percuma; Program Asas BINA di mana caj dikecualikan bagi 240 peserta pertama bagi PKS, dan Program Lanjutan BINA, kursus lima minggu untuk dua jam setiap minggu dengan bayaran nominal RM100 setiap peserta.

Kesemua peserta bagi program-program ini akan belajar daripada tenaga pengajar dari RedBeat Academy, Google dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Presiden (RedBeat Ventures) Kumpulan AirAsia, Aireen Omar berkata, 'Wabak COVID-19 telah mengubah landskap urusan perniagaan dan bagaimana ia dijalankan terutama bagi syarikat kecil dan sederhana. Awal bulan April, AirAsia telah menghulurkan bantuan dalam situasi ini dengan berkongsi ekosistem dan menyediakan sumber untuk membantu peniaga-peniaga tempatan melalui kempen 'Save Our Shops'. Hampir 1500 sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kini menjual produk mereka di platform e-dagang, OURSHOP.

'Kami berbesar hati untuk terus menghulurkan bantuan kepada PKS dengan menawarkan program khusus baharu ini. Kami sedar bahawa PKS juga perlu mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mendigitalkan perniagaan mereka, kekal relevan dan dilengkapi dengan set kemahiran teknologi moden bagi membantu membuka peluang kepada mereka dalam ekonomi digital. Program BINA digital ini pasti dapat memantapkan kemampuan PKS dalam pengembangan dan pertumbuhan perniagaan yang mampan. Kami berharap PKS akan mengambil peluang keemasan ini untuk meningkatkan kemahiran atau menambah baik diri mereka, dan terus berjaya dalam perniagaan mereka.'

Melalui BINA Digital, PKS dapat mengembangkan perniagaan dan set kemahiran digital dalam persekitaran ekonomi yang sentiasa berubah, mendapat sijil dengan pentauliahan rasmi bagi semua kursus yang dilengkapkan, memperolehi pengalaman sebenar dalam e-dagang dengan menjadi pedagang di ourshop.com melalui kategori OURSHOP Special. Para peserta juga akan diberi akses kepada Komuniti BINA untuk mengembangkan rangkaian mereka.

RedBeat Academy bertujuan untuk membina masa depan tersedia bagi generasi akan datang dengan menyediakan perkhidmatan sehenti dalam teknologi, kepimpinan dan inovasi untuk menjadi pemangkin bagi memenuhi sumber keperluan untuk ekonomi digital di Malaysia dan ASEAN.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web kami di redbeatacademy.com atau ikuti kami di Redbeat Academy halaman facebook dan RedBeat Academy - halaman Youtube.

Mengenai RedBeat Ventures

Dilancarkan pada tahun 2018, RedBeat Ventures (RBV) fokus dalam keusahawanan, inovasi dan teknologi yang menerap semua kaedah AirAsia. Sentiasa mencipta, kami memanfaatkan aset fizikal dan digital kami, termasuk semua data yang telah dikumpul selama bertahun, untuk mewujudkan ekosistem dalam perniagaan di mana ianya akan menyentuh kehidupan seharian para tetamu kami. Melalui RBV, kami telah berkembang dengan pesat dari hanya menjadi syarikat penerbangan kepada syarikat yang menawarkan platform gaya hidup.

Lebih dikenali sebagai cabang perusahaan korporat untuk AirAsia, RBV menggunakan modal kami untuk mengintegrasikan kepakaran pembinaan dalam perniagaan, sumber terbaik dalam penyelesaian teknologi, program bakat pengembangan dan pandangan data besar untuk perniagaan digital berkembang maju di Asean.

Kami fokus dalam memajukan, proses pembuatan dan mempercepatkan syarikat serta idea yang berpotensi sama ada: a) maksimum hasil atau mencipta hasil baru yang mampan; b) membantu kami menguruskan kos dan mengoperasikan perniagaan dengan lebih baik melalui peningkatan kecekapan dan produktiviti; atau c) menambah baik pengalaman perkhidmatan para tetamu kami.

RBV merangkumi empat bahagian utama: Perusahaan pembina, Pelaburan, Akademi Teknologi dan Pusat Kecemerlangan Data.