Ministry of Foreign Affairs of Malaysia

04/17/2024 | Press release | Distributed by Public on 04/17/2024 18:00

PERKEMBANGAN TERKINI SITUASI DI TIMUR TENGAH

PERKEMBANGAN TERKINI SITUASI DI TIMUR TENGAH

Kementerian Luar Negeri ingin memaklumkan perkembangan terkini berkenaan situasi semasa di Timur Tengah. Sehingga 17 April 2024, situasi di kawasan tersebut kekal stabil dan dianggap selamat untuk dilawati.

Keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara tetap menjadi keutamaan Kerajaan. Pada masa ini, tiada keperluan pemindahan pulang rakyat Malaysia, termasuk pelajar Malaysia di rantau ini.

Bagi memastikan tindakan segera dan berkesan dapat diambil sekiranya menghadapi situasi kecemasan, Kementerian Luar Negeri telah menubuhkan bilik operasi yang memberi tumpuan kepada Iran, Iraq, Jordan dan Lubnan untuk memantau perkembangan di rantau ini dari semasa ke semasa.

Kementerian Luar Negeri menggesa semua rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke kawasan tersebut untuk tetap berwaspada dan terus mengikuti perkembangan situasi semasa. Adalah penting untuk mematuhi peraturan dan panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan di negara-negara yang terlibat.

Rakyat Malaysia juga digalakkan untuk mendaftarkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di negara yang berdekatan. Ini akan memudahkan komunikasi dan bantuan dalam situasi kecemasan. Butiran maklumat Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara yang terjejas adalah seperti berikut:

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI TEHRAN, IRAN

Alamat:No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb

Nombor telefon : +98 21 880724444

+98 21 88078606E-mel:[email protected]

[email protected]

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI AMMAN, JORDAN

Alamat:No. 5, Hassan Al Kayed Street, Off Abai Street,

Abdoun, Amman 11183, JordanNombor telefon :+962 6590 2400+962 78590 2400

E-mel:[email protected]

[email protected]

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BEIRUT, LUBNAN

Alamat:Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Lubnan

Nombor telefon : +961 71 380 063

+961 7677 2527E-mel:[email protected]

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BAGHDAD, IRAQ

Alamat:Mezzanine Floor, Babylon Rotana Hotel, Al Abassi Street,

Al Jadria, Baghdad, Iraq

Nombor telefon :+964 786 497 0086+964 786 497 0087

Emel:[email protected]

Keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara tetap menjadi keutamaan Kementerian Luar Negeri, dan Kementerian ini akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai situasi di Timur Tengah dari semasa ke semasa.

PUTRAJAYA

17 April 2024