Universiti Sains Malaysia

06/06/2023 | Press release | Distributed by Public on 06/06/2023 09:15

USM KUKUH HUBUNGAN MEDIA DENGAN AWANI

Written on 06 June 2023.

BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR, 6 Jun 2023 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Astro AWANI dan mengadakan rakaman untuk sesi Agenda Awani berkaitan Times Higher Education Impact Rankings 2023, yang mana USM menduduki tempat keempat dunia, pertama di Asia.

Turut menyertai Naib Canselor ialah Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), Profesor Madya Dr. Mohd. Wira Mohd. Shafiei.

Lawatan ini telah membuka ruang dan peluang untuk USM mengeratkan lagi hubungan media dan kerjasama strategik dengan salah satu rakan media utama negara iaitu Awani.

Kerjasama ini telah diselaraskan oleh Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) USM.

#usm#welead#astro#awani#malaysia